Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 20 Mac 2011

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahiran...


Adalah dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata. 
 
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan  bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kec...il dan lemah.”  
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum  untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”  
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami  orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin  berbicara kepadaMu?”  
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.”  
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?” Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.   Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.   Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara: 
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4) Dosa-dosa mu yang lalu  dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu. 
 
Bilakah kali terakhir kita mencium kedua belah pipi ibu kita?? Bilakanh kali terakhir kita meminta maaf kepada ibu kita??  Berapa banyak nisbah kamu menelefon kekasih kamu berbanding ibu kamu?? Berapa ramai yang tahu umur ibunya?? Mungkin masih tidak terlambat kamu datang kepada ibu kamu dan memeluk sambil meminta maaf selagi kamu masih berpeluang...
kisah diatas aku share drpd rakan fb...terasa kerinduan yg amat mendalam terhadap emak bila baca kisah nih...kasihmu memang tiada galang gantinya....semoga emak tenang disana...alfatihah...amin...;-)  

Jumaat, 18 Mac 2011

Ceritera Balik Kampung

Salam kalian semua...diam tak diam cuti seklah dah hampir tiba ke penghujungnya...lagi 2 hari bermulalah rutin harian aku...(mcm sedih je bunyinya...sedih ke??....oh tidak....itu ada tanggungjawab dan amanah yang harus dilaksanakan..:))
 Dikala aku sedang sibuk menjalankan projek pembersihan rumah, tetiba en suami telah meng"offer" aku tuk pulang ke kg...maka aku dgn pantasnya terus memberi tanda setuju...x sangka akhirnya aku balik gak ke kg...kebetulan adik ipar aku baru je mendapat cahayamata yang ke 2...lagilah membuak-buak keinginan aku nak balik johor...dapatlah kami ambil aura tu...mudah2n giliran kami pula kan...amin
en suami kebetulan off day masa tu...kami bermalam di kampung sehari di johor sehari...oklah tu kan drpd x balik langsung...(tq yang)
Semalam baru kami gerak dr jb awal-awal pagi...niat hati nak cepat sampai rumah...tapi sempat juga menyinggah ke Air Terjun Gunung Ledang...kata en suami seronok time2 cuaca panas ni kalo bermandi-manda sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah SWT...akupun mmg da lama x mandi sungai....kami sampai tepat jam 1 ptg...fuh...matahari tgh terik....mmg best kalo mandi nih...sampai2 je org punyalah ramai...kata cuti sekolah kan...kami telah memulakan pendakian anak-anak tangga dgn penuh gigih dan semangat....hehe...komfom lemak2 pecah...
ni ada beberapa pic yang sempat aku snap...kowrang layanlah ye...
wajah yang teruja bila dgr bunyi air
jakuzi semulajadi
ni anak-anak abang aku


nilah hubby i..

Isnin, 14 Mac 2011

Janji Semalam...

Sepertimana yang dijanjikan semalam...hari ini telah kucuba sedaya upaya menyelesaikan segala tugas2 yang tergendala semlam, gara-gara spek mataku yang kehilangan tongkat...dgn jasa baik en suami telah menghantarku secepat mungkin ke mydin mlm td utk memperbetulkan spek mataku agar aku boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan boleh menyambung tugasku seperti sediakala....fuhh...panjang berjela ayat pernyataanku ini....
Pagi2 lagi hatiku telah berlagu riang kerana akhirnya seluruh lantai n tangga rumahku mampu bersinar kembali...hak3....termasuk bilik2 termenung kukerjakan....tggl dapur saja yang belum berasap2...muahahaha....tengoklah sejam lagi....ermm...dah terdetik di hati mcm nak pergi ke tempat ini...
.
.
.
.
.
.....ahaaaaa....
kowrang musti taukan kat mana nih....:))
akan diusulkan kepada en suami yang masih bertugas...agak2 dia setuju x.....
heheheh...tungguuuuu....

Ahad, 13 Mac 2011

Hepi Holidayz

Alhamdulillah selamat bertemu kembali...lama rasanya x menjenguk rumah sendiri...sebok menjenguk tingkap rumah org adalah...terasa rindu nak mencoret sesuatu di sini...pasti kalian merinduiku...(ado ko yg jenguk blog ekau nih)....he3...jawapannya AADK...blog syok sendiri...muahaha....




Cuti sekolah kembali menjelma...dan seperti biasala aku akan menghabiskan waktu sepenuhnya di rumah sendiri...kembali menyendang tugasan sebagai seorang surirumah sepenuh masa....:))...




inilah masa yg sebaik-baiknya untukku melakukan kerja2 cleaner setelah sekian lama tidak sempat kulakukan...hik3...alhamdulillah tangga rumahku masih elok sepertimana asalnya...cuma agak bertukar warna sedikit..hik3...setelah dipenuhi dgn habuk2 yang tersangat rajin melekat kat situ....siap ada kesan tapak kaki kami berdua shj...mulalah terkenangkan kalo anak aku ramai pastinya x sempat habuk tu nak melekat kan..:))...tp InsyaAllah dgn cuti diberi ini kan kupastikan semuanya tlh clear...yeszza...




Dikala semangat sedang berkobar2...sesuatu telah terjadi pada spek ku...


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.
.
.
.
.
.


ayarkkkk


spekku telah tertanggal tangkainya...(tiada pic disertakan)..cehhh
mcmana nak teruskan misi kalo spek hanya bertangkai satu
maka tergendala lg misi ku
harus ke mydin ptg nih....camanalah gaya nak ke sana....
fuh...sabo je lah