Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 21 Julai 2011

Jalan-jalan cari rumah

Assalam...lama benar saya tak hapdet karangan ini.Dan bukan bermakna saya sedang merajuk...tidak sama sekali walaupun pelbagai peristiwa yang melibatkan kekacauan jiwa telah melanda kebelakangan ini....haish...letih saya...
ermmm...mcm x kena dgn tajuk entry pulak kali ni...kira sekali jalanlah...fokus hajah...
Ok,2 minggu lepas sedang kami berjalan2 ke sekitar daerah seremban, n9...niat dihati mmg berhajat nak meninjau2 kot2 ada perumahan baru untuk turut serta sebagai pemastautin di sana...malangnya kebanyakan harga rumah baru melambung-lambung sehingga diriku terlambung sekali mendengarnya..fuhh...dasatkan...lom cite berapa reganya kan...biarlah rahsia...maka dengan pelbagai perasaan yang sedang berlabuh dihati ini, saya dan my darling husband pun meneruskan pencarian sehingga ke kawasan ampangan..kami decide cari rumah 2nd hand sahaja...tiba2 kami jumpa kawasan perumahan ini
.
.
.
wah...sungguh teruja saya...mari kita teruskan bicara hati ini..dari luar je dah nampak cantik...dalam hati masih berharap agar adalah insan yang berhati mulia nak menjualkan rumahnya, kemudian kami masuk dan terjumpa...
.
.
.
For sale...

Dengan sebulat hati saya sangatlah setuju dan meminta suami berbincang dengan puan broker..
insyaAllah, sekiranya ada rezeki di sinilah tempat kami berteduh dan membesarkan anak2 di masa akan datang...amin...permudahkanlah ya Allah..