Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 6 Ogos 2009

Amalan Bagi Ibu2 Mengandung...

Salam kalian semua, ni pn hajah ada terbaca dari blog rakan n sempatlah pn hajah selitkan beberapa tips khusus bg bakal2 ibu...mudah2n dapat dikongsikan bersama...

Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.


Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
3. Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
4. Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
5. Surah Maryam.
6. Surah An Nahl ayat 78
7. Surah Al A'raf ayat 189
8. Ayat Kursi
9. Surah al-Ikhlas.

p/s: pn hajah n en hubby da x sbr2 nak menimang cahaya mata sendiri...mudah2n Allah berikan anugerah ini kepada kami...amin...kalian doakanla kami...

2 ulasan:

  1. kite doakan cepat rezeki tu sampai kak pija.....jgn brenti berusaha...chaiyookkkk!!!

    BalasPadam
  2. miss huhu:thanx ima..holiday skul ni balik x...1st week ramadhan...

    BalasPadam