Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 20 Mac 2011

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahiran...


Adalah dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata. 
 
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan  bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kec...il dan lemah.”  
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum  untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”  
Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami  orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin  berbicara kepadaMu?”  
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.”  
Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?” Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.   Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.   Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara: 
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4) Dosa-dosa mu yang lalu  dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu. 
 
Bilakah kali terakhir kita mencium kedua belah pipi ibu kita?? Bilakanh kali terakhir kita meminta maaf kepada ibu kita??  Berapa banyak nisbah kamu menelefon kekasih kamu berbanding ibu kamu?? Berapa ramai yang tahu umur ibunya?? Mungkin masih tidak terlambat kamu datang kepada ibu kamu dan memeluk sambil meminta maaf selagi kamu masih berpeluang...
kisah diatas aku share drpd rakan fb...terasa kerinduan yg amat mendalam terhadap emak bila baca kisah nih...kasihmu memang tiada galang gantinya....semoga emak tenang disana...alfatihah...amin...;-)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan