Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Mei 2011

Slot Akasia:Nora Elena


Assalam...pasti dah ada yang mengagak saya nak post entry apa kan...pastinya skrg tepat jam 7 ptg je ramai yang dah terpacak kat depan tv termasuk saya semata-mata nak tgk drama yang terhangat buat masa kini selepas cite adamaya n nur kasih, saya rasalah...cite nih penuh dengan permainan emosi yang touching, sedih, syok, geram n kdg2 tu mcm leh masuk sekali dalam tuh...ececeh...hehehe...tp takdelah sampai melupakan suami di sebelah yang menonton sama...haish...sekadar utk hiburan...kalo ada jual novelnya pastinya saya org yang pertama hendak beli..(haa..kan dah terbit minat membaca, sebagai permulaan)..hehehe...apapun mmg enjoy tgk drama nih dan sentiasa x sbr2 menanti waktu ptg... 

Sinopsis:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti

 
p/s : semalam mem beritahu drama nora elena ni adaptasi dari novel kasih yang suci...esok mesti cari di mph nih...(Novel ini masih dalam proses reprint semula dan berada di pasaran bermula 6 Jun 11)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan