Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 31 Mei 2011

Slot Akasia:Nora Elena


Assalam...pasti dah ada yang mengagak saya nak post entry apa kan...pastinya skrg tepat jam 7 ptg je ramai yang dah terpacak kat depan tv termasuk saya semata-mata nak tgk drama yang terhangat buat masa kini selepas cite adamaya n nur kasih, saya rasalah...cite nih penuh dengan permainan emosi yang touching, sedih, syok, geram n kdg2 tu mcm leh masuk sekali dalam tuh...ececeh...hehehe...tp takdelah sampai melupakan suami di sebelah yang menonton sama...haish...sekadar utk hiburan...kalo ada jual novelnya pastinya saya org yang pertama hendak beli..(haa..kan dah terbit minat membaca, sebagai permulaan)..hehehe...apapun mmg enjoy tgk drama nih dan sentiasa x sbr2 menanti waktu ptg... 

Sinopsis:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti

 
p/s : semalam mem beritahu drama nora elena ni adaptasi dari novel kasih yang suci...esok mesti cari di mph nih...(Novel ini masih dalam proses reprint semula dan berada di pasaran bermula 6 Jun 11)

I'm back

asssalam...terasa lama saya tak mengapdet rumah nih...masalah teknikal telah melanda lappy saya...skrg dah ok makanya saya perlu cepat2 mengarang laman sesawang ini agar tidak terus bersawang...saya suka membaca karangan2 insan lain...dan ada menanam cita2 untuk menjadi seperti mereka tetapi saya asyik ketandusan idea dalam menulis karangan yang menarik...mungkin kerana kurangnya aktiviti selain suka melepak di hadapan tv bersama suami, kurang membaca bahan2 ilmiah walaupun bekerjaya sebagai seorang pendidik (suami dah tegur byk kali tp saya masih tidak mengendahkannya alasannya kurang masa dan keletihan ) kalo baca newspaper or majalah hanya berminat melihat gambar n tulisan bawah gambar (kira bacalah gakkan drpda x baca),..hrmm adakah semua itu menjadi punca...saya rasa itu hanyalah alasan semata2...heh

arghh...sakit kepala

cuti sekolah dah bermula...(dah 5 hari pun)...saya telah berjaya memenuhkan masa cuti ini dgn aktiviti cleaning secara besar2n...(berjayakah?..hahaha)..ini disebabkan kerana ada keluarga hendak datang berziarah ke sini...ibu mertuaku...kak longku...wahh ramainya keluarga nak transit dirumah kami....insyaAllah hari minggu nih seramai 16 orang x termasuk saya dan suami akan menginap secara berramai2 di rumah yang besarnya hanya  18 x 70 kaki...mempunyai 3 bilik 2 bilik air shj...dapat bayangkan x bila tiba waktu beradu...adakah mereka tidur secara bergilir2 atau secara berjemaah...hehhe...xkan bergilir2, dah cam tgh camping laks..ada polis sentri...fening kepala saya memikirkannya...tp emak pernah pesan tetamu ibarat rezki yang dtg...mudah2n murah rezki kami...harap2 mereka dpt selesakan dirilah...dan ini menguatkan lagi impian saya utk membina rumah di tanah sendiri...insyaAllah