Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 21 Julai 2011

Jalan-jalan cari rumah

Assalam...lama benar saya tak hapdet karangan ini.Dan bukan bermakna saya sedang merajuk...tidak sama sekali walaupun pelbagai peristiwa yang melibatkan kekacauan jiwa telah melanda kebelakangan ini....haish...letih saya...
ermmm...mcm x kena dgn tajuk entry pulak kali ni...kira sekali jalanlah...fokus hajah...
Ok,2 minggu lepas sedang kami berjalan2 ke sekitar daerah seremban, n9...niat dihati mmg berhajat nak meninjau2 kot2 ada perumahan baru untuk turut serta sebagai pemastautin di sana...malangnya kebanyakan harga rumah baru melambung-lambung sehingga diriku terlambung sekali mendengarnya..fuhh...dasatkan...lom cite berapa reganya kan...biarlah rahsia...maka dengan pelbagai perasaan yang sedang berlabuh dihati ini, saya dan my darling husband pun meneruskan pencarian sehingga ke kawasan ampangan..kami decide cari rumah 2nd hand sahaja...tiba2 kami jumpa kawasan perumahan ini
.
.
.
wah...sungguh teruja saya...mari kita teruskan bicara hati ini..dari luar je dah nampak cantik...dalam hati masih berharap agar adalah insan yang berhati mulia nak menjualkan rumahnya, kemudian kami masuk dan terjumpa...
.
.
.
For sale...

Dengan sebulat hati saya sangatlah setuju dan meminta suami berbincang dengan puan broker..
insyaAllah, sekiranya ada rezeki di sinilah tempat kami berteduh dan membesarkan anak2 di masa akan datang...amin...permudahkanlah ya Allah.. 

Jumaat, 17 Jun 2011

Sayonara Nora Elena

Subhanallah....

Minggu yang terlalu memenatkan.bukannya saya ada anak kecik.bukannya saya kena drive sejam ke sekolah.bukannya itu, bukannya ini, tp minggu ni sekolah saya kena bersekolah selama 7 hari.walaupon kementerian da beri cuti selama 2 minggu, x bermakna saya terlalu rindukan sekolah sehingga kena bersekolah selama 7 hari.ini disebabkan kerana persiapan untuk hari sukan pada ahad 19 jun 2011 nih...dan kami akan bercuti peristiwa pada hari isnin tersebut..hmmm padanlahkan...:-)...

sedikit sebanyak pasal punca keletihan minggu selepas cuti sekolah...

I LOVE MY DARLING HUSBAND...(eh tetiba laks...sabo n baca dulu karangan seterusnya...heh)

Sedang semua wanita menggilai Seth Tan, saya tetap tergila-gilakan en suami. Makin romantis watak si Seth Tan itu, makin terkenang betapa lebih romantisnya en suami. Bagi bunga? Dukung? Bacakan buku pregnancy? Mengambil cuti demi isteri? -_-”

Dikala semua berkata bahawa lelaki sedemikian tidak wujud, bagi saya, wujud. Sungguhpon bukan dalam bentuk yang sama, tapi wujud.

Untuk peringatan kepada saya, saya, saya dan kamu ; Besar rahmat mendapat suami yang cintakan Allah terlebih dahulu sebelum mencintai isterinya. Tak apalah kalau suami kamu tak selalu bagi bunga. Asal dia selalu berdoa siang malam dalam solatnya untuk isteri. Tak apalah kalau suami kamu tak dukung kamu ketika kaki kamu sakit digigit semut. Asal dia pimpin kamu jalan ke syurga. Tak apalah kalau suami kamu tak bacakan buku pregnancy kuat-kuat sebelum tidur. Asal dia tahu membaca Al-Quran.

So, please, please. Jangan  pergi mempertikaikan suami ;
Apsal awak tak macam Seth Tan?

Bagi suami-suami, kalau soalan ini terkena batang hidung kamu,
kau jawablah ; SEBAB AKU BUKAN PEROGOL.

Apapon tahniah buat drama NE yang bisa membuatkan org demam panas di luar sana...x termasuk saya...(eh..yeke?) heheheh

Jumaat, 10 Jun 2011

Cuti-cuti Malaysia

Assalam, cuti sekolah lama da bermula tp saya masih tercari2 destinasi percutian yang menjadi pilihan hati saya dan suami.kalo ikutkan plan yang asal, memang teringin sangat nak menjejakkan kaki ke pulau yang tercantik di semenanjung ni.
rasa-rasanya pulau mana eak...
.
.
.
.
.
.


 mesti dah dapat agakkan.x lain x bukan Pulau Redang.memang dah jadi satu impian saya nak ke sana tuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan NYA.Saya rasa pulau ni pulau yang paling cantik sekali dan masih belum tercemar.dengan berdasarkan sumber2 yang dipercayai,pulau ni mmg tersangatlah cantiknya.Pasir yang putih dan air laut yang membiru..owh x sabarnya...tp memandangkan en suami bukannya cuti panjang maka saya terpaksa memilih destinasi percutian yang singkat...
saya pilih Cameron lagi.ni gara2 terlalu asyik menonton drama Nora Elena...hehe...saya pilih untuk menginap di sini..
.
.
.
.
.
studio room jer...:)..
sampai jam12tgh setelah merempuh jammed di CH
 ni kali kedua kami pergi ke sini..bukan apa saya dan suami suka pergi ke tempat yang sejuk n nyaman.maklumlah cuaca panas skrg nikan..jadi, silalah lihat karangan bergambar saya nih..
Seawal jam 8 pagi bertolak dr USJ..




bilik yang paling best n privacy sgt sehingga saya sukar untuk melelapkan mata malam tu kerana terlalu sunyi...dasar penakut..heh

snap gambar bilik air dan mempunyai cita2 hendak memiliki bilik air yang sama...hahaha..

tempat wajib utk sesapa yang ingin melepaskan hajat...ceh... toilet bowl pon mau enterprem kaa...

ruang deko yang simple...lagi cantik kalo diletakkan bunga segar n lilin di tepi tv tuh...

sangat menarik n lagi menarik kalo ditaburkan kelopak roses pelbagai warna...hehhe...kejap je kemasnya nih....

en suami sedang menjiwai watak suami yang romantik...sedang asyik menikmati suasana yang nyaman n segarrr...

inilah dia penulis karangan bergambar ini...arramak mcm sama ar corak tudung n sofa n curtain sekali...kaler je lain...ceh..kasi potong ini gambar...

sgt sibuk suami saya menghidangkan steambot utk dinner kami..

saya selaku pemakan yang setia...kesimpulannya steambot ni best...tp suasana restoran agak hingar bingar kerana ramai org..kami je couple kat sini...

bergambar kenangan sekali lagi...suka tempat nih kerana fresh sekali...

 fuhh...ni adalah karangan bergambar terbanyak sekali yang pernah saya hasilkan...maka berakhirlah kisah percutian saya ini...apa yang pasti percutian kali nih agak best wlaupun banyak masa dihabiskan dgn melakukan aktiviti2 di dalam bilik sahaja...(ehem2...jgn fikir bukan2 ea)...yang penting saya suka bercuti di sini...sejukkk bangatt...(malam jelah)..jumpa lain entry...daaa

Selasa, 31 Mei 2011

Slot Akasia:Nora Elena


Assalam...pasti dah ada yang mengagak saya nak post entry apa kan...pastinya skrg tepat jam 7 ptg je ramai yang dah terpacak kat depan tv termasuk saya semata-mata nak tgk drama yang terhangat buat masa kini selepas cite adamaya n nur kasih, saya rasalah...cite nih penuh dengan permainan emosi yang touching, sedih, syok, geram n kdg2 tu mcm leh masuk sekali dalam tuh...ececeh...hehehe...tp takdelah sampai melupakan suami di sebelah yang menonton sama...haish...sekadar utk hiburan...kalo ada jual novelnya pastinya saya org yang pertama hendak beli..(haa..kan dah terbit minat membaca, sebagai permulaan)..hehehe...apapun mmg enjoy tgk drama nih dan sentiasa x sbr2 menanti waktu ptg... 

Sinopsis:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti

 
p/s : semalam mem beritahu drama nora elena ni adaptasi dari novel kasih yang suci...esok mesti cari di mph nih...(Novel ini masih dalam proses reprint semula dan berada di pasaran bermula 6 Jun 11)

I'm back

asssalam...terasa lama saya tak mengapdet rumah nih...masalah teknikal telah melanda lappy saya...skrg dah ok makanya saya perlu cepat2 mengarang laman sesawang ini agar tidak terus bersawang...saya suka membaca karangan2 insan lain...dan ada menanam cita2 untuk menjadi seperti mereka tetapi saya asyik ketandusan idea dalam menulis karangan yang menarik...mungkin kerana kurangnya aktiviti selain suka melepak di hadapan tv bersama suami, kurang membaca bahan2 ilmiah walaupun bekerjaya sebagai seorang pendidik (suami dah tegur byk kali tp saya masih tidak mengendahkannya alasannya kurang masa dan keletihan ) kalo baca newspaper or majalah hanya berminat melihat gambar n tulisan bawah gambar (kira bacalah gakkan drpda x baca),..hrmm adakah semua itu menjadi punca...saya rasa itu hanyalah alasan semata2...heh

arghh...sakit kepala

cuti sekolah dah bermula...(dah 5 hari pun)...saya telah berjaya memenuhkan masa cuti ini dgn aktiviti cleaning secara besar2n...(berjayakah?..hahaha)..ini disebabkan kerana ada keluarga hendak datang berziarah ke sini...ibu mertuaku...kak longku...wahh ramainya keluarga nak transit dirumah kami....insyaAllah hari minggu nih seramai 16 orang x termasuk saya dan suami akan menginap secara berramai2 di rumah yang besarnya hanya  18 x 70 kaki...mempunyai 3 bilik 2 bilik air shj...dapat bayangkan x bila tiba waktu beradu...adakah mereka tidur secara bergilir2 atau secara berjemaah...hehhe...xkan bergilir2, dah cam tgh camping laks..ada polis sentri...fening kepala saya memikirkannya...tp emak pernah pesan tetamu ibarat rezki yang dtg...mudah2n murah rezki kami...harap2 mereka dpt selesakan dirilah...dan ini menguatkan lagi impian saya utk membina rumah di tanah sendiri...insyaAllah

Khamis, 14 April 2011

Ceritera Hari Rabu

Assalam...
April adalah bulan yg paling bz aku rasakan sehingga tidak sempat untukku meng"apdet" umahku nih...hari minggu je dpt luangkan masa bersama en asben tercinta...masing2 bz dgn tanggungjawab terhadap tugasan masing2...
Hari rabu yang kelmarin barulah kami ada spent time nak kuar berdating...pelikkan org len dating mesti ujung minggu tp aku tgh2 minggu...sbbnya tgh minggu en asben off day, maknanya ujong minggu beliau kena kerja...nak wat camana da kerja ngan kapal terbangkan...kapal terbang lak hari2 kena fly kan...nak2 time2 ujong minggu n public...kecuali kapal terbang rosak...x leh fly ler...kah3...maka kenalah terima seadanya...sabo jelah..

ehh....dah melalut nih....sambung lg ceritera hari rabu...destinasi kami ialah Mydin je...bkn setakat berdating tp berbelanja brg dapor sekali...sedang syiok bershoping mata, tetiba aku teringin nak mencuba sesuatu, benda tu banyak sgt dijual di salah satu kaunter di mydin...sebelum beli tuh aku tanya en asben...

aku: yang, ok x kalo beli...
en asben: nak buat apa..
aku: tujuan perubatan...
       abg kan teror...
en asben: hmm...oklah nanti abg cuba...
aku: yay

Dengan hati yang berbunga-bunga, akupon ambil satu..sampai je rumah benda tulah yang pertama aku buka...n en asben akur dgn permintaan isterinya...dgn segera beliau memulakan projek...hehe...setelah bertahan selama 20 minit dan ini hasilnya...
jeng
jeng
jeng
.
.
.
.
.
.
.

hasi seni yang pertama...tangan kanan
finally...cantik x...

keesokan harinya
 















 Pagi tadi, sampai di sekolah, anak2 muridku sibuk bertanya pelbagai soalan..."cikgu baru kawen ke?" " cikgu tangan cikgu luka ke" n mcm2 ler....he3...sebenarnya tujuan aku pakai inai ni utk tujuan perubatan...kulit tangan kanan aku ni mengalami masalah kegatalan yang amat sangat...so ubat2 doktor pon x jln, aku try rawatan tradisional...takkan nak pakai sebelah je kan...pelik bebenor...alang2 pakai 2 belah...bkn apa leh mengimbau kenangan manis masa bergelar perantin 3 taun lepas...kan...kebetulan en asben ni tangan seni...saja je test market x sangka leh menjadi...ecehh...(leh kite wat bisnes henna pasnikan yang)...alkisahnya ceritera hari rabu aku...
sekian...nak beradu dah nih...sok sekolah...jumpa di lain entry...
daaaa
assalammm

Ahad, 3 April 2011

Diet Pemakanan Yang Betul

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.. (Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)


TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat sekolah ea..... ) JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.


Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain: 
 
Mandi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
 
Apabila waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...
 
Renung-renungkan dan sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam